Saturday, November 7, 2009

Sedikit update

Lamanya aku tak mengupdate blog nih. Lepas keguguran aritu, aku sibuk ngan keje2 kat opis. Pastu dah masuk bulan Ramadhan, kemudian Syawal pulak menjelma. Sekejap betul masa berlalu, sekarang ni dah masuk bulan November. Tak lama lagi birthday hubby, awal bulan dpn birthday Yasmin, pastu hujung bulannya pulak birthday aku. Pejam-celik, pejam-celik, dah nak berakhir tahun 2009. Umur makin bertambah, keluarga makin bertambah, tanggungjawab pun makin bertambah.

Tahun depan insyaAllah bertambah lagi sorang ahli keluarga aku. Mudah2an kali ni selamat la semuanya. Keadaan setakat hari ni alhamdulillah masih ok semuanya, mabuk2 pun dah makin kurang. Masa gi checkup dan scan hari Isnin aritu pun nampak semuanya baik2 je. Alhamdulillah... amin!

Raya aji tahun ni plan nak balik Kedah, wat akikah untuk Yasmin yang dah lama asyik tertangguh. Kali ni mesti kena buat gak. Tapi dapat amik cuti 1 hari je sebab cuti dah abis gara2 asyik amik EL sebab morning sickness awal2 trimester pertama aritu. Sampai big boss pun dah bagi warning sebab asyik cuti ngan datang lewat. Pastu punch card aku pun sangkut bulan lepas sebab masalah yang sama. Terpaksala ikat perut wat sementara waktu sebab gaji masuk lambat. Huhuhu.. sedih tol, tapi nak wat camne, redha jek la.

Keje kat opis pun dah makin banyak sebab vendor dah abis kontrak, sekarang ni tengah sesi Transfer of Technology. Banyak benda nak kena tau sebab nanti nak kena maintain sendiri sistem BLESS tu. Mujur aku ada pengalaman ngan IDIS dulu pasal system development, camne nak deploy, camne nak buat SQL script, camne nak buat report dan macam2 lagi. Masa tengah dok dalam sesi TOT tu, aku ada la jugak mengcomparekan IDIS ngan vendor ni. Even vendor ni bermasalah jugak sepanjang projek ni, tapi aku tengok cara kerja diaorang lebih bersistematik dari IDIS. Setiap code dan SQL script yang diaorang ubah mesti kena rekodkan history, dan cuma sorang je yang ditugaskan untuk deploy code kat dalam server. Sebarang perubahan kat database pun cuma sorang yang buat. Form design ada satu team yang handle (merangkumi database design dan prepare SDS dan SFS), development ada team nyer sendiri, report pun ada team nyer sendiri. Sampaikan untuk flow and system testing pun ada team khas untuk tu. Tak macam projek EMS, sorang programmer kena multi-tasking. Semua benda kena buat. Dah tu setiap kali bos meeting ngan user tak penah ada wat minit mesyuarat yang direkodkan. Developer gi wat review or meeting ngan user pun PM tak pernah nak join. Sebab tu la EMS tak siap2. Tak bersistematik seperti yang sepatutnya. Dah tau ada masalah manpower, janganla tamak sangat nak amik tender projek banyak2 dalam satu masa. Hahaha.. bestnya aku mengumpat ex-company aku tuh, tapi itula kenyataannya. Kalau nak betul2 sukses, kena belajar lagi cara manage project team baik2. Mintak ampun la yer kalau ada yang terasa! Hehehehe..

Apa2pun, semoga aku dan BLESS team @ ICU JPM ni dapat melaksanakan tugas2 mendatang yang dah boleh nampak sangat mencabar lepas vendor dah abis kontrak tak lama lagi dengan sebaik2 mungkin. InsyaAllah...

Friday, August 28, 2009

Bukan rezekiku lagi

Dukacita dimaklumkan, aku keguguran lagi untuk kesekian kalinya. Semalam pg aku gi hospital untuk follow-up repeat scan utk tgk growth baby, tp bila scan dah kosong. 3kali scan, mmg xde apa2 dah. Result urine dan blood test pun negatif. So confirm la aku dah keguguran, cuma tak dapat dipastikan exactly bila gugurnya tu. Huhuhu.. sedih mmg la sedih, tapi dah bukan rezeki aku lagi.. aku redha jer. Nasib baik aku dah prepare for the worst since bleeding 2 minggu lepas. So xdela shock sgt bila dpt news camni.
Tapi harini aku tetap amik EL sbb nak merehatkan minda. Kalau gi keje pun xleh nak fokus wat keje. Dahla ada meeting ptg ni, sure apa2 benda yang dibincangkan dan dibahaskan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Better aku duk rumah ngan Yasmin, kemas2 rumah & packing baju utk balik Kedah malam ni. Berpantang 3 hari kat rumah mertua dulu, so bolehla berurut badan. Pastu sambung berpantang kat rumah sendiri.
Mudah-mudahan aku terus kuat semangat menerima dugaan ni sekali lagi.. amin! Anyway terima kasih banyak2 kepada semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepadaku diatas kehilangan ini. Sayang kalian semua.. :)

Friday, August 14, 2009

Doakan anakku selamat

Semalam aku mengalami pendarahan.. memula agak sikit, pastu bila dah petang makin banyak. So atas nasihat Sab, aku terus mintak hubby hntrkan ke unit kecemasan utk check condition baby. Kat sana pegawai perubatan terus refer aku kat unit bersalin utk scan baby. Bila doktor scan atas perut, tak nampak langsung karungnya. So doktor terpaksa scan ikut laluan bawah. Then nampakla karungnya, tapi kecik sangat2, tak macam yang sepatutnya dah berusia 6 minggu. Pastu doktor kata, aku kena bed rest 3 hari, dia akan bagi ubat untuk tahan supaya tak gugur, dan MC 1 hari. Ni dah kira threaten miscarriage dah ni. Pastu doktor pesan, kalau ada heavy bleeding or ada darah ketul2 yg kuar or nampak karungnya kuar, cepat2 pegi emergency semula. Kalau takde apa2, lagi dua minggu dtg O&G repeat scan utk tgk pembesaran fetus.

Bila balik rumah, aku dah mula rasa sengal2 kat bahagian ari2 dan pinggang, sampai kaki pun terasa kebas. Pas mkn ubat, terus je tidur. Yasmin, hubby yang uruskan semuanya.

Tapi pagi ni bila aku bangun untuk kemas2 beg Yasmin, aku terasa macam ada heavy flow. Cepat2 aku gi toilet utk check. Memang dah penuh pad dengan darah! Menangis aku bila tengok darah dah banyak kuar. Rasa macam takde harapan baby leh survive. Aku bagitau hubby sambil nangis2, dia pujuk suh sabar banyak2. Doa banyak2 mudah2an baby boleh survive. Pastu tanya aku nak gi hospital semula ke tak. Aku pun tak tau nak pegi semula ke tak, sebab masa ni dah takde lagi darah yang keluar. Akupun tak pasti samaada ada atau tak karung yang keluar masa aku basuh lepas buang air kecil pagi tadi.

Apa2pun aku takawal je la. Aku cuba untuk kuatkan semangat dan redha kalau kali ni masih bukan rezeki aku lagi, walaupun air mata mudah sangat mengalir. Mudah2an anakku boleh survive sampai aku lahirkan dia. Doakan aku yer kawan2! :(

Wednesday, August 12, 2009

Rezeki lagi

Alhamdulillah, tak lama lagi Yasmin akan jadi kakak! Hehehe.. mudah2an kali ni semuanya selamat hingga melahirkan. Pasal jantina tu takde la nak pikir-pikir sangat, lelaki atau perempuan dua-dua aku terima. Yang menariknya pregnant kali ni, aku takde mabuk2 lagi wat masa ni, selera makan semakin bertambah-tambah (berat naik 5kg dalam masa 4 hari!), bersaing ngan Sab (officemate hubby - awal 2 mgu dr aku) dan Ana (adik ipar - lewat seminggu dr aku). Nampaknya tahun depan cucu mama ngan abah akan bertambah 2 orang sekaligus! ;)

Ni tengah dok pikir ni camne nak mengkhabarkan berita ni kat bos.. mesti dia shock pastu pening kepala pikir, dah short lagi sorang staff dia yang boleh keluar buat handholding. Sorang dah pregnant 3 bulan, sorang lagi dah nak blah sebab dah dapat post tetap. Nampaknya tinggal 2 orang jekla dari batch aku yang boleh diharap keluar2 gi handholding tu. Itu pun kalau yang sorang lagi tu tak terpregnant jugak! Hehehehe

Apa2pun, aku bersukur sangat2 dengan rezeki berganda2 yang Allah kurniakan kat aku ni. Alhamdulillah!! :)

Saturday, August 1, 2009

HS 2nd Module : Management, Financial & Record Keeping

Ahad last week (26 Julai 2009) aku attend HS modul 2 dgn Miss MamaFiza & Miss Yus kat J.M. Briyani House kat Seksyen 9, Bangi. Cuma kami bertiga, tapi riuhnya kami berbincang & bercerita macam ramai sangat orangnya! Hahaha.. Aku memang suka sangat2 mendengar setiap kata2 yang kuar dr mulut Miss Mamafiza. Rasa macam tak puas bersembang ngan diaorang, macam2 perkara yang aku leh belajar dan gunapakai untuk mendidik Yasmin. Topik kali ni pasal pengurusan, kewangan & record keeping. Miss MamaFiza cadangkan supaya setiap bil2 disimpan mengikut bulan, bukan mengikut jenis, supaya kita boleh pantau perbelanjaan kita setiap bulan.

Miss Yus, Miss MamaFiza and me
(Credit to Miss Yus, grabbed this pic from her blog :) )

Oh, camtu rupanya.. Selama ni record keeping ku sangat serabut dan tak teratur. Memang dah diasingkan ikut jenis dan setiap resit termasuk resit pembayaran melalui mesin cash deposit atau online payment pun ada difailkan. Bukan setakat fail jer.. buku ala2 buku lejer pun ada, utk rekodkan setiap wang yang keluar masuk. Tapi kadang2 kantoi jugak, ada yang tak direkodkan. Sebab tu akaun selalu tak balance! Hahahaha.. Pasni kena displinkan diri utk buat book & record keeping dengan betul. Selain dari tu, kena paksa diri utk displin gak follow jadual yang dibuat. Time utk kerja, time utk membaca dangan Yasmin, time utk leisure diri sendiri. Harini juga kena buat & tampal 7 kertas lukisan kat dinding yang mengandungi hari dan aktiviti yang nak dibuat pada hari itu. Contohnya, pkl 8 malam hari Isnin, baca buku Barney, pkl 8 mlm hari Selasa, main Logico Primo, dsb.

Hmm.. lama dah aktiviti homeschool ngan Yasmin terbengkalai. Sejak aku kepenatan berulang alik dr Putrajaya-KL awal tahun aritu sampaila sekarang, aku jarang2 dapat membaca ngan Yasmin. Alasan: ummi letih, Yasminpun lebih suka tgk katun kat channel 613. Nasib baik gak dia layan katun2 kat channel 613 tu, at least dalam dia layan2 katun tu, byk benda yg dia belajar. Tak kisahla pasal lagu2 yg dia hafal tu, tp sebab dan akibat dalam keasyikan dia melayan katun, dia dah dapat cam warna, dan lebih2 lagi katun Wordworld, dia dapat ikut menyebut dan mengeja benda2 dalam bahasa Inggeris! Kiranya ada gakla sebab dan akibat yang baik, bukan semata2 berhibur kosong jer tgk katun2 tu. Balik dari taska pun mulut dia dah becok bertanya dan bercakap itu-ini sepanjang2 jalan nak balik kerumah. Setiap kali keluar dari rumah, setiap warna dan benda yang dia nampak, dia akan sebut. Kadang2 bercampur BM dan BI, jadi rojak :)

Syukur alhamdulillah, walaupun kadang2 aku lalai dan leka mendidik Yasmin, Yasmin tetap terang hati belajar macam2 benda, terutamanya masa kat taska. (Hmm.. ada la jugak rasa malu dengan diri sendiri sebab tak konsisten mengajar Yasmin kat rumah sedangkan dulu aku yang beria2 sangat nak apply konsep homeschool ni. Mujur hubby takde perli2.. Hehehe..) Doa, lagu, tulisan, dan macam2 lagi yang cikgunya ajar kat taska, dia boleh ikut dengan baik. Kat rumah aku just revise apa yang dia dah belajar kat taska. Kadang2 ada jugak lagu yang aku tak pernah dengar, dia nyanyi. Nasib baik dah tak paksa aku ikut nyanyi ngan dia macam masa dia kecik2 dulu. Kalau tak, haru dibuatnya. Hahaha.. Kat rumah pun ayahnya dah belikan whiteboard utk dia belajar menulis dan melukis. Walaupun selalunya cuma aku dan ayahnya jer yang menulis dan melukis, tapi pada kami itu tetap salah satu teknik untuk dia belajar secara tak formal. Kadang2 bila kat luarpun kami akan mengajar dia secara spontan, contohnya bila di kedai yang ada tulisan besar2, kami akan ajar dia mengeja dan menyebut. Diapun nampak seronok belajar macam tu, macam tak terasa yang dia sebenarnya tengah belajar. Siap mengeja kuat2 lagi, ala2 belajar kat taska gitu! ^_^

Mudah2an tahun depan bila dia masuk tadika, dia dah boleh membaca sendiri. Sekarang ni dia masih dalam proses menghafal semua huruf dan nombor mengikut urutan, belum dapat menghafal dan mengecam huruf2 dan nombor2 itu sendiri. InsyaAllah niat, impian dan harapan aku dan hubby untuk sama2 mendidik Yasmin dengan baik akan terlaksana. Amin!

Homeschool

* Copy dari blog friendsterku *

Lamanya tak update blog.. macam takde citer or info menarik yang nak dikongsikan walaupun sebenarnya banyak benda yang berlaku lately ni. Tapi harini aku nak kongsikan sikit info pasal Homeschool.

Homeschool? Mesti ada yang tak tau apa tu homeschool kan? Aku dulupun macam pelik jer bila dengar perkataan homeschool - home = rumah; school = sekolah. Bila digabungkan jadik la sekolah dirumah. Macammana pulak konsep sekolah dirumah tu?? Bila aku buat searching kat google, aku jumpala blog nih yang ditulis oleh Miss MamaFiza. Orangnya muda lagi, kecik molek. Umur baru 24 tahun tapi dah ada 4 orang anak. Rezeki orang kawen muda la katakan.. Aku ni dah 30 tahun tapi masih ada sorang jer anak. InsyaAllah soon (masih mencuba..huhuhu..) :)

Homeschool ni sebenarnya konsep pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak di rumah tanpa perlu ke sekolah formal, tak kiralah sekolah kerajaan, swasta ataupun persendirian. Ibubapa bebas untuk memilih cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak mereka tanpa terikat dengan masa dan jadual persekolahan. Dipermudahkan kata, konsep homeschool ni anak-anak memang tak dihantar langsung ke sekolah, cuma belajar di rumah sahaja dibawah bimbingan ibubapa masing-masing. Tapi tidaklah terhad cuma dirumah sebab ilmu yang diajar juga boleh dilakukan sewaktu membeli-belah di supermarket, berjalan-jalan di taman, dan sebagainya.

Tapi homeschool taklah terikat dengan konsep belajar di rumah dan langsung tidak dihantar ke sekolah secara keseluruhan sahaja. Bagi ibubapa yang bekerja masih boleh mengaplikasikan teknik dan konsep homeschool secara part-time. Yang penting adalah niat dan kesungguhan diri masing-masing untuk melakukannya. Kita sedia maklum, pendidikan anak-anak bermula dari rumah, dan pendidik yang terbaik untuk anak-anak adalah ibubapa mereka sendiri!

Dibawah ni aku senaraikan 10 sebab kenapa ibubapa memilih untuk 'homescholing' (dipetik dari blog littlekittle.com):

Your reasons might be different, but hopefully this list will help you begin to determine if homeschooling is the answer for you.

■Effectiveness

Homeschoolers often learn a speed that leaves students in private and public schools far behind. Because you will be able to choose a personalized path that works best for your children, you can custom-design a curriculum that works best for your kids’ learning styles and abilities.

■Family

Perhaps one of the most common reasons given for deciding to homeschool is the ability for families to remain close together as the children grow up. This is a powerful benefit of homeschooling that cannot be underestimated.

■It’s Just Fun!

When you get down to it, homeschooling is just fun for parents and their children alike.

■Love

You simply love your children and want to see them succeed and you’ll do whatever it takes to make that happen!

■Money

Homeschooling is surprisingly inexpensive. The savings benefits are enormous!

■Time Doesn’t Matter

Parents quickly learn that lessons can last as long or as short as necessary. Whereas children have to wait for everybody to get up to speed in classrooms, the homeschooled student doesn’t have to wait on anybody. So, if a lesson is learned, the student can move on or finish the school day early.

■Get a Jump on that College Degree

For homeschooled high school kids, homeschooling allows them to begin taking college courses early. Because homeschoolers often advance more quickly then their counterparts, they can take college courses in addition to their high school classes.

■Self-Guided Study

Due to the nature of homeschooling, many kids become expert researchers. The homeschool learning environment which encourages natural curiosity and exploration often leads to highly advanced research skills in homeschooled students.

■Field Trips

When your kids don’t see learning as only happening in a classroom every opportunity to get out and about in the world becomes an opportunity for learning. The entire world becomes their classroom and they are able to make real-world connections to their learning.

■Work Experience

Because homeschooled high school students are more autonomous and mature more quickly than their counterparts, they often find better, more rewarding, and higher paying jobs than others their age. Parents can feel good knowing that their children are learning how to take responsibility.

Oleh kerana aku pun nak mendalami ilmu tentang homeschool (walaupun aku sedia maklum tidak akan tidak menghantar anak-anakku ke sekolah - buat homeschool cuma secara part-time sahaja!), aku dah mendaftarkan diri untuk menghadiri kelas Homeschool Module@LittleKittle.com . Modul pertama yang aku hadiri adalah pada hari Ahad yang lepas (3 Mei 2009) - Module 1: Introduction & FAQ di SusuIbu.com, Bandar Baru Bangi.

Mommies yang hadir bersama MamaFiza yg cute
Mommies yang hadir bersama Miss MamaFiza (*pic grabbed from Miss MamaFiza's blog)

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar dari Miss MamaFiza yang comel tu ;) Bukan setakat tentang homeschool, tapi juga tentang tip-tip parenting yang dia amalkan pada anak-anak dia. Teman-teman yang sama-sama menghadiri modul tersebut juga banyak berkongsi pengalaman dan juga ilmu masing-masing.

Ayat yang buat aku sangat-sangat ingin kongsikan disini ialah kanak-kanak juga ada perasaan stress dalam diri mereka. Kajian ada menunjukkan jika seseorang itu mengasah gigi sewaktu tidur, itu bermakna orang tersebut berada didalam keadaan stress. Oleh itu jika anak-anak atau suami/isteri kita mengasah gigi sewaktu mereka tidur, cubalah bertanya kepada mereka, apa yang menyebabkan mereka stress. Mudah-mudahan dengan menceritakan masalah atau stress yang mereka alami itu boleh meredakan sedikit (sekurang-kurangnya la kalau tak dapat banyak) tekanan tersebut.

Antara lain yang Miss MamaFiza tekankan adalah:
1. Niat - untuk buat apa saja kita mesti ada niat supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakannya.
2. "Do or Die" - kadang-kadang kita rasa malas atau penat atau letih untuk melakukannya, tapi kita mesti fikir kita cuma ada dua pilihan samaada buat atau kita akan "mati". Contoh yang Miss MamaFiza berikan; kalau aku malas nak masak, nanti anak-anak aku jugak yang kelaparan. Hehehehe.. good point here!
3. Konsisten - kita MESTI konsisten bila buat sesuatu yang baru, dan lakukan selama 28 hari berterusan. Contohnya kalau kita nak ajar anak kita mengemas permainan mereka bila dah abis main, so kita MESTI remind dan ajak anak-anak sama-sama mengemas mainan tersebut selama 28 hari berterusan.
4. Jadikan diri kita sebagai kawan kepada anak-anak.
5. JANGAN memburuk-burukkan anak-anak or suami/isteri di khalayak ramai! Ini akan membuatkan anak-anak/suami/isteri rasa rendah diri - contohnya jika anak-anak/suami/isteri ada buat salah masa kat tempat awam atau kat tempat yang ramai orang, jangan marah or tempik-tempik mereka seolah-olah takde orang disekeliling kita. Cari tempat yang lebih tertutup untuk menegur kesilapan yang mereka dah buat.
6. Ajar anak-anak untuk menghormati ayah mereka sebagai pemimpin, orang no. 1 dalam keluarga. Oleh itu sebagai isteri, kita mesti lebih menghormati suami - kepimpinan melalui tauladan! :D

Actually ada banyak lagi yang Miss MamaFiza kongsikan dengan kami yang hadir, tapi cukuplah setakat yang diatas je aku catatkan disini. Aku tak sabar untuk attend modul yang kedua bulan depan! Harap dapat belajar lebih banyak lagi tentang homeschool dengan Miss MamaFiza nanti :)

Nota: Untuk tugasan kami bagi modul pertama ni, aku perlu membaca untuk Yasmin selama 28 hari berterusan untuk menerapkan minat membaca dalam diri dia. Mudah-mudahan suskes! Chaiyok haiyok!!

Peringatan kepada Para IbuBapa - part 2

* Copy dari blog friendsterku *

sambungan dari post yang lepas…

17 ) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
~ bila time keje urgent nak kena siapkan, memang terpaksa bwk balik sambung buat kat rumah. tapi diperhatikan memang ada effect kat anak… dia rasa kita kurang beri tumpuan kat dia, so dia akan buat benda2 yang bukan2 untuk tarik perhatian kita

18 ) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
~ ermmm… mudah2an tak berlaku pada diriku. skrg pun tgh praktikkan cuba selalu balik kg jenguk ayahanda dan bonda, at least kerap telefon untuk bertanyakan khabar

19 ) Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
~ ye betul…

20 ) Jangan menggunakan perkataan JANGAN apabila anda memarahi anak anda kerana perkatan tersebut bersifat amaran- Biasakan menengur kesalahan mereka menggunakan perkataan TIDAK MAHU kerana ianya lebih bersifat mendidik. Setiap teguran mesti diterangkan akibatnya: Tak mahu panjat pokok sayang, nanti jatuh, kalau jatuh luka, masuk hospital, doctor akan balut luka, dan tak cantik. Contoh penjelasan yang diberikan.
~ tgh cuba biasakan untuk tidak menggunakan perkataan JANGAN bila marah Yasmin

21 ) Jangan menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka sendiri tidak tahu. Jika ibu dan bapa menghadapi tekanan kebiasaannya anak anak jadi mangsa. Mereka akan takut menghampiri kita, menyayangi kita.
~ akan cuba elakkan dari marah anak tak tentu pasal… insyaAllah…

22 ) Ketika hendak menegur kesalahan mereka, pegang kedua tangan mereka dan pandang kedalam dua anak mata mereka dah tegur lah.. setelah selesai ciumkan di pipi atau di dahi mereka dan dakap la mereka katakan yang anda sayangkan mereka.
~ kena selalu2 praktikkan ni

23 ) Ajarkan mereka menjadi seorang yang pemaaf. Biasakan diri mereka memaafkan kesalahan yang orang lain lakukan.. Jika dia melakukan kesalahan seperti memecahkan pasu bunga kesayangan anda, pastinya anak anda berada didalam ketakutan amat sangat- Sebagai ibu bapa anda dinasihatkan supayaJANGAN sama sekali menjerit dan menyerang mereka.. Hampiri dan peluklah anak anda.. tenangkan perasaan anda. Katakan , Mak/ Ayah tak marah – kerana Mak/ Ayah hanya takut (sebut nama sianak) cedera- pasu tu lain kali mak ganti yang lain…dan katakan kepadanya lain kali kena hati-hati dan bersama-sama dengan anak anda membersihkan serpihan pasu tersebut..
~ nipun kena slalu amalkan… sekarang ni masih cuba blajar kawal temper, cuba taknak kerap2 marah Yasmin, lebihkan pendekatan psikologi bila Yasmin buat perangai. nak kena blajar banyak tentang psikologi kanak2 sekarang ni

24 ) Jika anda ingin menghukum mereka, pukullah dibahagian betis, jangan sesekali memukul dibahagian atas betis- dan biarkan mereka seketika.. dan selepas itu dakaplah mereka, terangkan bahawa kesalahan itu terlalu besar, seperti mencarut, menyepak org lain, dan katakan pada mereka perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan pada masa akan datang, dan berjanji dia tidak akan buat lagi.. Jangan memukul anak anak mengikut perasaan, pukullah untuk mendidik, bukan untuk melepaskan geram.
~ setuju sangat. biasanya kalau aku pukul Yasmin pun, aku pukul kat tangan atau punggung. tapi lepas ni kena tukar la, pukul cuma kat bahagian betis je. so far alhamdulillah belum ada lagi pukul anak untuk melepaskan geram even kadang2 tu penyebab memukul anak tu memang sebab tengah geram dengan apa yang dia buat. tapi masih waras lagi, boleh control perasaan dan ingat, pukul dia adalah untuk mendidik, mudah2an dia lebih beringat dan tak buat lagi

Peringatan kepada Para IbuBapa

*Copy dr blog friendsterku *

Actually apa yang aku nak post ni aku dah pernah terbaca dulu, tapi tak ingat kat mana. Tapi beberapa hari lepas, aku terjumpa semula peringatan ni dalam blog nenny. So aku post kat sini sebagai peringatan kepada para ibubapa, terutamanya kepada diriku sendiri…

1 ) Mulakan hari anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda merasa malu dan rendah diri.
~ alhamdulillah setakat ni aku memang sentiasa panggil Yasmin dengan panggilan yang baik. mudah2an akan berkekalan sampai bila2..

2 ) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih tinggi, beranding anak yang jarang dipeluk.
~ yang ni memang selalu buat. rasa macam tak lengkap hidup kalau tak peluk & cium Yasmin

3 ) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Kerana ini akan menjadikan anak anda berasa lebih berkeyakinan berhadapan dengan persekitaran.
~ insyaAllah akan diamalkan selalu

4 ) Berikan anak anda peneguhan setiap kali anak anda membuat kebaikan seperti ciuman, hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman.
~ yang ni pun memang selalu buat setakat ni la… tapi kalau dia buat salah tetap kena pukul, so balance antara kasih sayang dan pengajaran buat dia

5 ) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang melakukan sesuatu yang baik secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yang sedang membesar. Kesilapan adalah pengalaman dalam perkembangan mereka.
~ yupp.. nama pun budak2.. kita yang dah tua2 ni pun belum tentu boleh buat perkara baik secara berterusan. ada masa buat salah jugak

6 ) Apabila berhadapan dengan masalah memilih kerjaya atau keluarga, pilihlah keluarga kerana masa pembesaran anak2 akan terus berlalu dan tak akan kembali.
~setuju sangat2! cuma sekarang ni aku cuba balancekan antara kerjaya dan keluarga, sebab kedua2nya penting dalam zaman yang penuh cabaran ni… especially dari segi kewangan. blanja anak zaman sekarang sama naik ngan blanja mak ayahnya. so kalau nak harapkan cuma sorang je yang menyumbang untuk pendapatan keluarga, agak sakit gakla nak survive even dah cuba berjimat mana yang patut! huhuhu~

7 ) Dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah mengeluh. Ini kerana anak2 akan merasakan diri mereka sebagai beban.
~ kadang2 tu ada gak la mengeluh… kita penat bila balik kerja, anak buat hal, ayahnya pulak buat tak reti… adoiii! ni anak baru sorang. tapi insyaAllah aku akan cuba lebih bersabar..

8 ) Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tak akan didengar lagi.
~ alamak.. yang ni selalu gak aku abaikan. lebih2 lagi sekarang ni Yasmin masih pelat2 lagi, susah nak faham cerita dia. kalau aku dengar dan respon pada cerita diapun, kadang2 dia marah gak sebab apa yang aku respon tu tak kena dengan cerita dia. maklumla, dia cakap bahasa dia.. kita ni faham sikit2, so agak2 je la apa yang dia tengah ceritakan tu. sekali salah respon daa.. hahahaha

9 ) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannnya. Tunjukkan bagaimana untuk menenangkan diri.
~ selalu gak buat…tapi kadang2 tu aku hangin gak sebab bila aku pujuk2, dia pulak buat keras kepala. especially time tu aku tengah sibuk

10 ) Buatkan sedikit persedian untuk menyambut hari jadinya. Sediakan hadiah yang unik walaupun murah untuk mendidiknya belajar menghargai.
~ masa Yasmin umur setahun ada buat birthday party, tapi untuk second birthday tak buat sebab keadaan tak mengizinkan. tapi hadiah tetap diberi even bukan pada ulangtahun kelahirannya. hmm.. aku ni manjakan anak dgn kebendaan ke??

11) Kemungkinan anak kita akan menerima pelajaran dan pengajaran bukanlah pada kali pertama belajar. Didiklah mereka dengan cara yang lebih bersabar.
~ aiseh… aku ni memang kurang sabar dalam mendidik budak2 kecik. adik aku dulu selalu kena marah bila aku ajar dia. tapi macammana sekalipun aku kena jugak belajar bersabar dalam mendidik anak

12 ) Luangkan masa bersama anak2 diluar rumah. Peganglah tangan mereka ketika berjalan bersama. Ini menyebabkan mereka rasa penting dan dihargai.
~ time jalan kat luar memang kena pegang tangan Yasmin. tak boleh lepas.. karang ilang, menangis tak berlagu plak aku! tapi bila main kat playground or padang, aku biar je la dia lepas… seronok tengok dia lari sana sini. kadang2 akupun kena join main ngan dia gak… hehehe

13 ) Jadilah pendengar yang setia akan mimpi ngeri mereka. Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalah hidup mereka.
~ setakat ni Yasmin takde lagi la ngadu mimpi ngeri.. belum pandai nak cerita pasal mimpi dia lagi kot

14 ) Hargailah barangan permainan kesayangan anak2 anda, untuk mendidik mereka agar menghargai barang2 orang lain. Elakkan membuang walaupun rosak. Hormati mereka dan minta kebenaran mereka sebelum membuat sesuatu.
~ barang2 mainan Yasmin memang aku selalu kumpul dalam satu kotak khas. tak kirala mainan lama or baru, yang masih elok ataupun yang dah rosak. tapi biasala budak2, lepas main sepah2, tinggal mainan rata2… pastu ilang. mudah2an dia pun akan menghargai barang2 orang lain. tapi satu la perangai dia yang buat aku geram… barang orang pun jadik hak dia! pastu kedekut lak tu, barang dia takleh share ngan orang lain. hai anak.. anak..

15 ) Jangan biarkan anak2 anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
~ Yasmin kalau aku tak baring sebelah dia, takde mananya dia nak tido. nak aku gosok belakang dia la, nak gentel telinga aku la.. lagipun dah jadi kebiasaan aku peluk cium dia sebelum dia tido. mudah2an berkekalan sampai anak2 yang seterusnya.. aku sendiripun rasa serba tak kena kalau tak peluk cium dia sebelum kami tido

16 ) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
~ yupp.. aku memang selalu rasa aku bukan ibu yang sempurna, masih banyak kelemahan dalam mendidik dan membesarkan anak. perlu belajar lebih banyak lagi…

Saturday, July 18, 2009

Keje baru

Alhamdulilah.. aku dah pun selamat melapor diri dan menghadiri 3 hari sesi orientasi/induksi untuk pegawai2 baru di JPM. Semuanya berjalan lancar, even presentation pd ptg hari terakhir yg dibuat pada saat2 akhir jugak berjalan lancar. Walaupun baru 3 hari aku kat sana, tp member2 satu batch dan staf2 senior sumenya dah mcm geng. Bos2pun so far ok.

Mulanya aku ditempatkan di BPR BLESS, tp semalam dah dapat confirmation yg aku kena join team development. So kena turun la duk kat BTM BLESS start next week. Bos pun dah inform ada keje ad-hoc yg aku kena buat dan siapkan dlm ms seminggu, hari isnin depan kena liaise dgn Ju utk dptkan requirement system yg nak kena develop tu. Dia kata sistem yg simple jer, web based. Detail2 lain Ju akan inform ari isnin karang. Huhuhu.. member2 lain masih rilex, aku plak dah ada keje menanti. Tp xpelah, at least aku x bosan sbb xde keje.

Cuma yg x bestnya bila aku inform pd Kak Zai, bos kat BPR yg aku kena turun duk kat BTM start next week, dia terkejut sbb Pn. Wan or Kak Ezam dr BTM x inform dia yg diaorg nak amik aku masuk sana. Pastu muka dia dah nmpk x puas ati giler, sbb dia kata BPR yg x cukup staff nak handle keje2 kat situ. Harap2nya diaorg leh la bincang baik2 sesama diaorg psl pembahagian kumpulan staf2 baru ni.. jgn plak kami yg jadik mangsa. Kejap kena gi sini, kejap kena gi sana.. Last2 kitaorg gak yg pening x tau nak duk kat mana or keje apa yg kitaorg kena buat sbnrnya..

Apa2pun, aku harap aku dapat laksanakan tugas yg diberikan sebaik mungkin. Dan harap2nya hubby leh bertolak ansur jaga Yasmin tanpa banyak komplen kalau aku kena slalu balik lmbt sebab nak siapkan keje nanti! Dah kena prepare minda start dr harini utk keje extra time mcm ms kat MOHR dulu... (^_^)

Thursday, July 9, 2009

Alhamdulillah syukur!

Alhamdulillah.. akhirnya penantian aku dahpun tamat. Aku dah dapat offer keje ngan JPM! *gembira bercampur sebak nih.. sob sob..* Interview ngan BLESS aritu yang aku tak berapa prepare sangat dan langsung tak mengharap, akhirnya berjaya. Rabu next week aku akan melaporkan diri kat sana. Mudah2an dengan berolehnya rezeki ini, hidup kami sekeluarga akan lebih lapang. Dan abahlah insan yang paling happy bila aku khabarkan berita ni. Abah memang beria2 sangat nak anak2 dia semua keje gomen. Walaupun menantunya sorang dah keje gomen, dia still nak anak2 dia sendiri keje gomen gak, macam dia.

Rupa2nya ada hikmahnya aku masih belum pregnant. Kalau aku dah pregnant sebelum interview tu, sah2 aku gagal. Lepas2 ni dah boleh la arrange balik plan mendapatkan adik untuk Yasmin! Hehehe..

Dan hari semalam adalah hari terakhir aku bersama keluarga MagnaQuest. Jodoh aku dengan diaorg cuma sebulan jer. Sedih dan rasa tak best gak nak resign, maklumla baru sebulan aku kat sana. Dah la diaorg hire aku dengan harapan aku leh stay keje lama kat sana. Tp akhirnya cuma dpt bertahan sebulan jer. Nak buat camne, dah dpt rezeki keje ngan gomen, takkan aku nak tolak rezeki tu. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mudah2an aku keluar dari MagnaQuest secara baik tu takde la suara2 sumbang yang kedengaran mengutuk aku belakang2. Walaupun ada juga sedikit masalah pada mulanya, tp akhirnya segala kekusutan dapat dileraikan dengan cara baik. Sememangnya ada hikmah disebalik segala kejadian jika kita terus bersabar..

Anyway, I'm really happy and excited to start a new life next week, walaupun agak nervous dan suspen jugak. Dan harap2nya jugak nanti takde la kedengaran suara2 sumbang yg akan mengatakan aku dapat kat sana sebab ada kabel. No no no!!! Aku usaha sendiri tau even my hubby yg forward iklan vacancy kat sana untuk aku apply. Ye benar panel2 penemuduga tu kenal hubby ku, tp bukan kerana itu aku dapat. Semuanya adalah kerana rezeki. Kalau nak kata sebab ada kabel, for sure interview yang pertama aku boleh pass! Hopefully semuanya nanti berjalan lancar.. will update more as soon as possible lepas lapor diri nanti. Till then, aku nak amik kesempatan untuk berehat sepuas2nya kat rumah dan balik BP ngan Yasmin sebelum start keje baru ^_^

Friday, July 3, 2009

Temuduga lagi

3 hari yg lepas aku gi interview kat JPM, post PTM kontrak. Dapat panggilan interview tu pun sbb aku gagal masa interview kat JPM gak bulan 5 lepas. Kali ni diaorg panggil balik candidate yang gagal interview yg bulan 5 tu utk isi vacancy bagi support sistem BLESS. Dengan takde preparation apa2, setakat baca apa itu BLESS dan apa fungsi BLESS yang aku pun tak dapat nak ingat sangat, aku melangkah dengan separuh confident ke bilik temuduga. Takde rasa gemuruh macam selalu, maybe sebab aku tak mengharap langsung yg aku boleh lulus interview nih. Cuma ada rasa sakit perut dan loya jek la sebab semalamnya aku kena cirit-birit, ntah kat mana yg salah makan akupun tak pasti.. Hehehehe...

Kali ni aku berserah, malas nak pikir2 atau mengharap apa2. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.. tapi kalau takde, cuba lagi len kali. Keje kat tempat sekarang pun dah mula terasa tak best sebab kena buat keje yang jauh dari minat. Pastu ada jer benda yang berlaku yang membuatkan ati aku jadik tak berperasaan nak pegi ke opis.. Tak macam masa kat keje kat vads atau imatera dulu. Walaupun dpt bos yg ntah apa2, tp still enjoy ngan kwn2 dan keje. Hai entahla.. susah betul nak dapat keje yang betul2 kita boleh puas ati. Ada je yang tak kena. Ke sebab aku sendiri yang bermasalah? Ni nak kena muhasabah diri balik ni nampaknya.. Ke aku yang masih tak bersyukur ngan apa yang aku dah ada??

Saturday, June 27, 2009

rojak dan ABC

tajuk mcm best jer.. lama dah x pekena rojak ngan ABC. tp ni berkenaan dgn apa yg aku rasa ni yer, bukan psl kedua2 jenis mknn tu.. hehehe
kalut: arini kat opis aku agak sibuk dgn proses pembelajaran dan penyediaan utk pembentangan. tapi last2 smpi ptg masih x abis2 gak proses tersebut.. aku dah kalut dan rasa semacam setiap kali nampak kelibat devesh kat opis. yerla, muka dah la sungguh tidak friendly, pastu aku plak dah banyak hari tangguh x present2 lagi kat dia apa yg dia nak tgk. last2 bila aku agak2 dah ready, dia plak kuar siap bwk beg laptopnya. ada presentation atau meeting kot. hmm.. isnin dpn jer la aku present kat dia. hrp2nya semuanya berjalan lancar.. amin! masih lagi terasa kalut walaupun dah x nmpk kelibat dia lagi.. huhuhu
happy: lps devesh keluar, tetiba hubby call bgtau confirm ada interview kat BLESS selasa depan. huhuhu.. dah confirm ek? xde dpt call or emel lagik dr diaorg. maybe baru confirm la kot. so aku iyakan jek la. pastu trus gi conference room ngan yogesh, mimi & huda (intern student aka kembar sama nama tp lain mak ayah serta keluarga ye!) sbb yogesh nak explain secara ringkas psl IAM. ada la dlm setengah jam duk dlm conference room tu dgr penerangan, kuar2 jek tgk ada 3 missed call. 1 dr hubby, 2 lagi dr nombor yg x berdaftar dalam senarai buku telefonku. alamak, diaorg call la pulak time2 aku tgh meeting. so aku call hubby balik sambil check emel, kot2 ada emel terkini yang tiba. memang ada... emel yg aku tunggu2 tu dah tiba! ^_^ dan x sampai 3 minit lepas tu, no yg x berdaftar tadi tu naik semula kat skrin henpon. dengan pantas aku menjawab. so mmg confirm la apa yg hubby bgtau tadi tu.. hurray!
xtau nak describe: bila balik rumah, seperti biasa aku melayan yasmin tgk cd atau katun wonderpets kat bilik belakang sambil2 online kat ym ngan facebook. tp tetiba plak xleh connect. igtkan streamyx dah kena suspend, so call hubby. x lama pastu hubby call balik bgtau akaun lum kena suspend lagi, so dia suh check line tepon la, kabel la.. last2 suh check manual modem. kot2 modem yg bermasalah or dialer yg problem. akhirnya setelah puas aku menggodeh modem setting melalui manualnya, aku decide utk create dialer yg baru. maybe auto-dialer yg problem. sekali mmg betul! lps create dialer yg baru (connect secara manual), walla! aku dah boleh connect walaupun lampu data kat modem x menyala langsung.. hehehe.. hebak hebak.. (pinjam ayat opismate2 hubby) :D then mama plak bgtau abang ngan ngah nak dtg umah. hmm.. kena la kuar beli mknn, sbb aku dah x larat nak masak dlm keadaan tergesa2, dan xkan plak nak mintak mama yg masakkan pulak! so lepas maghrib kami kuar beramai2 gi beli mknn kat presint 9
risau: dah sampai pukul 3 pagi tapi hubby masih x balik2 lg dr opis. boleh dikatakan setiap sejam aku call utk pastikan yg dia ok kat opis tu. dan sementara menunggu, aku layan chat ngan officemate dia. ada la jugak sesi luahan perasaan... yerla risau kat suami! nak tau gak apa yg berlaku kat opis dia berdasarkan dari cerita side member dia pulak. bukan curiga atau nak busybody, cuma nak pastikan yg suamiku tak terlalu tension ngan keje2 opis dari pagi sampai ke tengah malam yg berterusan sampai 2 minggu ni. akhirnya, tepat pukul 3.23 pagi, hubby call bagitau dah nak gerak balik dari opis. so bolehla aku tido dengan nyenyaknya nnt sebelum bangun pkl 5 pagi karang lepas hubby balik. harap2 mama leh tlg kejutkan kami pkl 5 nnt! hehehe.. tetiba teringat plak, brg2 nak bwk esok x packing lagi! huh.. kena packing dulu sblm tido. karang ada plak brg2 yasmin yg tertinggal...

Tuesday, June 23, 2009

Keje oh keje...

arini aku br dpt penerangan jelas dr bos psl role dan task aku kat MQ. itupun sbb aku tanya ada x kemungkinan aku bleh join development team. bukan apa, aku lbh minat wat programming dr wat training dan segala yg berkaitan ngan support. tp bos kata skrg ni tgh x cukup staf, dan dia hire aku in the first place pun mmg utk wat support and delivery. so nak taknak aku terima jekla job scope aku nih! huhuhu...

pastu selama ni aku keboringan kat opis sbb tak berapa ada keje sangat yang nak dibuat, kadang2 tu mmg takde langsung! tapi arini bertimpa2 plak keje yg aku nak kena buat. dah ler agak bengang sbb kena sound tak direct dr colleague sbb aku main game. nak sound tu, sound direct jek la kat aku, xyah la nak pass2 kat org lain plak suh sound aku. pastu suh aku wat demo plak kat dia apa yg aku paham psl produk. yg tu no hal la, tp masalahnya pc aku tak leh nak install server side utk produk tu, yg dia plak nak aku present dua2, client ngan server. bila bgtau dia, dia suh install virtual PC ngan satu lagi software tuh apa ntah namanya.

nasib baik ada colleague sorang lagi nih yang mmg sgt2 baik ati tolong bg software2 sume tu utk aku install dan ajar aku cemane nak guna virtual pc tu. last2 aku x jadik demo kat dia arini sbb lps dah siap install sume2 tu tp x sempat nak blajo guna virtual pc, PM plak panggil aku ngan mimi sbb nak bg briefing psl produk2 MQ. dok dengar briefing sampai pkl 6.15, so pas abis tu xde maknanya la aku nak stay. dan dgn selambanya aku blah dr opis ngan x ckp pun kat colleague yg suh aku wat demo kat dia tu yg aku nak wat demo tu esok. esok jer la aku ckp.. hahaha ^__^

Sunday, June 14, 2009

Migration

huhuhu.. tajuk post macam gempak jer.. hehehe padahalnya cuma migrate dr blog friendster ke sini jek. yg blog friendster tu pun dah lama x berupdate. baru ada beberapa post jer kar situ pun. tp dah member suh wat blog kat sini, makanya aku berpindah juga la ke sini. nnt mana2 post kat sana yg mempunyai info umum, aku migratekan jugak ke sini