Sunday, February 20, 2011

Saya Mahu Jadi Hot Mama Yang Sukses Seperti MamaFiza Dari Blog littlekittle.com

MasyaAllah... lamanya tak menulis blog. Dan macam rumah tinggal dah blogku ni, penuh sawang sana-sini! Punyala malas nak mengadap komputer bila kat rumah, lebih-lebih lagi bila dah ada si comel Hilman ni.. Balik rumah petang dah kepenatan, nak melayan kerenah si kakak dan si adik lagi. Nak buat kerja rumah dan macam-macam lagi.. Tu yang tak berdaya nak mengadap PC menulis blog.

Anyway, oleh kerana nak join contest dari MommyLyna, maka ku gagahkan jua menulis. Manalah tau ada rezekiku, aku pass audition ni, then dapat masuk contest tu, dan finally menang dapat iPad percuma tu.. Huuu, happynya! Hahahaha.. belum menang dah terasa happy. Kalau menang, ntah camnela perasaanku nanti! Sure speechless dan terasa seperti bermimpi! ^_^

Ni ler ghupe iPad idaman ku itu!
Mudah-mudahan menjadi milikku nanti (^_^) Amin!

Berbalik kepada tajuk, aku memang nak sangat jadi macam Cik MamaFiza. Sejak kenal dia dari tahun 2009 melalui blognya www.littlekittle.com, aku memang teringin sangat nak berjumpa dengannya personally. Aku sangat kagum dengan dirinya: seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak-anak yang comel (memang muda lagi okey! Baru berusia 26 tahun anak dah 4. Ku dulu 26 tahun baru nak nikah.. hehehe), seorang homeschooler (fulltimer yer, bukan parttimer), businesswoman yang sangat berjaya (selalu keluar paper dan tv).

Aku pernah mengikuti kursus homeschool dan bengkel WAHM yang dibuat olehnya. Orangnya memang kecik molek dan sangat energetic. Banyak jugak ilmu yang dikongsikan kepada kami yang menghadiri kursus dan bengkel beliau, dan beliau memang tak pernah lokek untuk berkongsi tips-tips. Tapi tulah, aku je pulak yang masih tak mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dah ditimba, sesi belajar dengan Yasmin pun dah kelaut!

InsyaAllah aku tengah kuatkan semangat dan bulatkan tekad, susun semula jadual masaku untuk menguruskan rumah, suami, anak-anak, dan bisnes part-time yang akan dimulakan bila-bila masa je dari sekarang, supaya aku boleh jadi hot, success mama seperti idolaku, Cik MamaFiza! Mudah-mudahan tercapai targetku untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya yang dapat menjana pendapatan dari rumah disamping menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak dan suami menjelang tahun 2014. Kenapa 2014? Sebab projek BLESS dijangka tamat tahun 2013, dan aku sangat-sangt malas nak cari kerja lain! So tunggu jelah sampai abis kontrak dengan BLESS, pastu aku nak bersara, duduk rumah uruskan suami dan anak-anak dan bekerja dari rumah, jadi bos kepada diri sendiri pulak. Akak dah letih dik non oii jadi kuli makan gaji dengan orang je!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


Saturday, November 7, 2009

Sedikit update

Lamanya aku tak mengupdate blog nih. Lepas keguguran aritu, aku sibuk ngan keje2 kat opis. Pastu dah masuk bulan Ramadhan, kemudian Syawal pulak menjelma. Sekejap betul masa berlalu, sekarang ni dah masuk bulan November. Tak lama lagi birthday hubby, awal bulan dpn birthday Yasmin, pastu hujung bulannya pulak birthday aku. Pejam-celik, pejam-celik, dah nak berakhir tahun 2009. Umur makin bertambah, keluarga makin bertambah, tanggungjawab pun makin bertambah.

Tahun depan insyaAllah bertambah lagi sorang ahli keluarga aku. Mudah2an kali ni selamat la semuanya. Keadaan setakat hari ni alhamdulillah masih ok semuanya, mabuk2 pun dah makin kurang. Masa gi checkup dan scan hari Isnin aritu pun nampak semuanya baik2 je. Alhamdulillah... amin!

Raya aji tahun ni plan nak balik Kedah, wat akikah untuk Yasmin yang dah lama asyik tertangguh. Kali ni mesti kena buat gak. Tapi dapat amik cuti 1 hari je sebab cuti dah abis gara2 asyik amik EL sebab morning sickness awal2 trimester pertama aritu. Sampai big boss pun dah bagi warning sebab asyik cuti ngan datang lewat. Pastu punch card aku pun sangkut bulan lepas sebab masalah yang sama. Terpaksala ikat perut wat sementara waktu sebab gaji masuk lambat. Huhuhu.. sedih tol, tapi nak wat camne, redha jek la.

Keje kat opis pun dah makin banyak sebab vendor dah abis kontrak, sekarang ni tengah sesi Transfer of Technology. Banyak benda nak kena tau sebab nanti nak kena maintain sendiri sistem BLESS tu. Mujur aku ada pengalaman ngan IDIS dulu pasal system development, camne nak deploy, camne nak buat SQL script, camne nak buat report dan macam2 lagi. Masa tengah dok dalam sesi TOT tu, aku ada la jugak mengcomparekan IDIS ngan vendor ni. Even vendor ni bermasalah jugak sepanjang projek ni, tapi aku tengok cara kerja diaorang lebih bersistematik dari IDIS. Setiap code dan SQL script yang diaorang ubah mesti kena rekodkan history, dan cuma sorang je yang ditugaskan untuk deploy code kat dalam server. Sebarang perubahan kat database pun cuma sorang yang buat. Form design ada satu team yang handle (merangkumi database design dan prepare SDS dan SFS), development ada team nyer sendiri, report pun ada team nyer sendiri. Sampaikan untuk flow and system testing pun ada team khas untuk tu. Tak macam projek EMS, sorang programmer kena multi-tasking. Semua benda kena buat. Dah tu setiap kali bos meeting ngan user tak penah ada wat minit mesyuarat yang direkodkan. Developer gi wat review or meeting ngan user pun PM tak pernah nak join. Sebab tu la EMS tak siap2. Tak bersistematik seperti yang sepatutnya. Dah tau ada masalah manpower, janganla tamak sangat nak amik tender projek banyak2 dalam satu masa. Hahaha.. bestnya aku mengumpat ex-company aku tuh, tapi itula kenyataannya. Kalau nak betul2 sukses, kena belajar lagi cara manage project team baik2. Mintak ampun la yer kalau ada yang terasa! Hehehehe..

Apa2pun, semoga aku dan BLESS team @ ICU JPM ni dapat melaksanakan tugas2 mendatang yang dah boleh nampak sangat mencabar lepas vendor dah abis kontrak tak lama lagi dengan sebaik2 mungkin. InsyaAllah...

Friday, August 28, 2009

Bukan rezekiku lagi

Dukacita dimaklumkan, aku keguguran lagi untuk kesekian kalinya. Semalam pg aku gi hospital untuk follow-up repeat scan utk tgk growth baby, tp bila scan dah kosong. 3kali scan, mmg xde apa2 dah. Result urine dan blood test pun negatif. So confirm la aku dah keguguran, cuma tak dapat dipastikan exactly bila gugurnya tu. Huhuhu.. sedih mmg la sedih, tapi dah bukan rezeki aku lagi.. aku redha jer. Nasib baik aku dah prepare for the worst since bleeding 2 minggu lepas. So xdela shock sgt bila dpt news camni.
Tapi harini aku tetap amik EL sbb nak merehatkan minda. Kalau gi keje pun xleh nak fokus wat keje. Dahla ada meeting ptg ni, sure apa2 benda yang dibincangkan dan dibahaskan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Better aku duk rumah ngan Yasmin, kemas2 rumah & packing baju utk balik Kedah malam ni. Berpantang 3 hari kat rumah mertua dulu, so bolehla berurut badan. Pastu sambung berpantang kat rumah sendiri.
Mudah-mudahan aku terus kuat semangat menerima dugaan ni sekali lagi.. amin! Anyway terima kasih banyak2 kepada semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepadaku diatas kehilangan ini. Sayang kalian semua.. :)

Friday, August 14, 2009

Doakan anakku selamat

Semalam aku mengalami pendarahan.. memula agak sikit, pastu bila dah petang makin banyak. So atas nasihat Sab, aku terus mintak hubby hntrkan ke unit kecemasan utk check condition baby. Kat sana pegawai perubatan terus refer aku kat unit bersalin utk scan baby. Bila doktor scan atas perut, tak nampak langsung karungnya. So doktor terpaksa scan ikut laluan bawah. Then nampakla karungnya, tapi kecik sangat2, tak macam yang sepatutnya dah berusia 6 minggu. Pastu doktor kata, aku kena bed rest 3 hari, dia akan bagi ubat untuk tahan supaya tak gugur, dan MC 1 hari. Ni dah kira threaten miscarriage dah ni. Pastu doktor pesan, kalau ada heavy bleeding or ada darah ketul2 yg kuar or nampak karungnya kuar, cepat2 pegi emergency semula. Kalau takde apa2, lagi dua minggu dtg O&G repeat scan utk tgk pembesaran fetus.

Bila balik rumah, aku dah mula rasa sengal2 kat bahagian ari2 dan pinggang, sampai kaki pun terasa kebas. Pas mkn ubat, terus je tidur. Yasmin, hubby yang uruskan semuanya.

Tapi pagi ni bila aku bangun untuk kemas2 beg Yasmin, aku terasa macam ada heavy flow. Cepat2 aku gi toilet utk check. Memang dah penuh pad dengan darah! Menangis aku bila tengok darah dah banyak kuar. Rasa macam takde harapan baby leh survive. Aku bagitau hubby sambil nangis2, dia pujuk suh sabar banyak2. Doa banyak2 mudah2an baby boleh survive. Pastu tanya aku nak gi hospital semula ke tak. Aku pun tak tau nak pegi semula ke tak, sebab masa ni dah takde lagi darah yang keluar. Akupun tak pasti samaada ada atau tak karung yang keluar masa aku basuh lepas buang air kecil pagi tadi.

Apa2pun aku takawal je la. Aku cuba untuk kuatkan semangat dan redha kalau kali ni masih bukan rezeki aku lagi, walaupun air mata mudah sangat mengalir. Mudah2an anakku boleh survive sampai aku lahirkan dia. Doakan aku yer kawan2! :(

Wednesday, August 12, 2009

Rezeki lagi

Alhamdulillah, tak lama lagi Yasmin akan jadi kakak! Hehehe.. mudah2an kali ni semuanya selamat hingga melahirkan. Pasal jantina tu takde la nak pikir-pikir sangat, lelaki atau perempuan dua-dua aku terima. Yang menariknya pregnant kali ni, aku takde mabuk2 lagi wat masa ni, selera makan semakin bertambah-tambah (berat naik 5kg dalam masa 4 hari!), bersaing ngan Sab (officemate hubby - awal 2 mgu dr aku) dan Ana (adik ipar - lewat seminggu dr aku). Nampaknya tahun depan cucu mama ngan abah akan bertambah 2 orang sekaligus! ;)

Ni tengah dok pikir ni camne nak mengkhabarkan berita ni kat bos.. mesti dia shock pastu pening kepala pikir, dah short lagi sorang staff dia yang boleh keluar buat handholding. Sorang dah pregnant 3 bulan, sorang lagi dah nak blah sebab dah dapat post tetap. Nampaknya tinggal 2 orang jekla dari batch aku yang boleh diharap keluar2 gi handholding tu. Itu pun kalau yang sorang lagi tu tak terpregnant jugak! Hehehehe

Apa2pun, aku bersukur sangat2 dengan rezeki berganda2 yang Allah kurniakan kat aku ni. Alhamdulillah!! :)

Saturday, August 1, 2009

HS 2nd Module : Management, Financial & Record Keeping

Ahad last week (26 Julai 2009) aku attend HS modul 2 dgn Miss MamaFiza & Miss Yus kat J.M. Briyani House kat Seksyen 9, Bangi. Cuma kami bertiga, tapi riuhnya kami berbincang & bercerita macam ramai sangat orangnya! Hahaha.. Aku memang suka sangat2 mendengar setiap kata2 yang kuar dr mulut Miss Mamafiza. Rasa macam tak puas bersembang ngan diaorang, macam2 perkara yang aku leh belajar dan gunapakai untuk mendidik Yasmin. Topik kali ni pasal pengurusan, kewangan & record keeping. Miss MamaFiza cadangkan supaya setiap bil2 disimpan mengikut bulan, bukan mengikut jenis, supaya kita boleh pantau perbelanjaan kita setiap bulan.

Miss Yus, Miss MamaFiza and me
(Credit to Miss Yus, grabbed this pic from her blog :) )

Oh, camtu rupanya.. Selama ni record keeping ku sangat serabut dan tak teratur. Memang dah diasingkan ikut jenis dan setiap resit termasuk resit pembayaran melalui mesin cash deposit atau online payment pun ada difailkan. Bukan setakat fail jer.. buku ala2 buku lejer pun ada, utk rekodkan setiap wang yang keluar masuk. Tapi kadang2 kantoi jugak, ada yang tak direkodkan. Sebab tu akaun selalu tak balance! Hahahaha.. Pasni kena displinkan diri utk buat book & record keeping dengan betul. Selain dari tu, kena paksa diri utk displin gak follow jadual yang dibuat. Time utk kerja, time utk membaca dangan Yasmin, time utk leisure diri sendiri. Harini juga kena buat & tampal 7 kertas lukisan kat dinding yang mengandungi hari dan aktiviti yang nak dibuat pada hari itu. Contohnya, pkl 8 malam hari Isnin, baca buku Barney, pkl 8 mlm hari Selasa, main Logico Primo, dsb.

Hmm.. lama dah aktiviti homeschool ngan Yasmin terbengkalai. Sejak aku kepenatan berulang alik dr Putrajaya-KL awal tahun aritu sampaila sekarang, aku jarang2 dapat membaca ngan Yasmin. Alasan: ummi letih, Yasminpun lebih suka tgk katun kat channel 613. Nasib baik gak dia layan katun2 kat channel 613 tu, at least dalam dia layan2 katun tu, byk benda yg dia belajar. Tak kisahla pasal lagu2 yg dia hafal tu, tp sebab dan akibat dalam keasyikan dia melayan katun, dia dah dapat cam warna, dan lebih2 lagi katun Wordworld, dia dapat ikut menyebut dan mengeja benda2 dalam bahasa Inggeris! Kiranya ada gakla sebab dan akibat yang baik, bukan semata2 berhibur kosong jer tgk katun2 tu. Balik dari taska pun mulut dia dah becok bertanya dan bercakap itu-ini sepanjang2 jalan nak balik kerumah. Setiap kali keluar dari rumah, setiap warna dan benda yang dia nampak, dia akan sebut. Kadang2 bercampur BM dan BI, jadi rojak :)

Syukur alhamdulillah, walaupun kadang2 aku lalai dan leka mendidik Yasmin, Yasmin tetap terang hati belajar macam2 benda, terutamanya masa kat taska. (Hmm.. ada la jugak rasa malu dengan diri sendiri sebab tak konsisten mengajar Yasmin kat rumah sedangkan dulu aku yang beria2 sangat nak apply konsep homeschool ni. Mujur hubby takde perli2.. Hehehe..) Doa, lagu, tulisan, dan macam2 lagi yang cikgunya ajar kat taska, dia boleh ikut dengan baik. Kat rumah aku just revise apa yang dia dah belajar kat taska. Kadang2 ada jugak lagu yang aku tak pernah dengar, dia nyanyi. Nasib baik dah tak paksa aku ikut nyanyi ngan dia macam masa dia kecik2 dulu. Kalau tak, haru dibuatnya. Hahaha.. Kat rumah pun ayahnya dah belikan whiteboard utk dia belajar menulis dan melukis. Walaupun selalunya cuma aku dan ayahnya jer yang menulis dan melukis, tapi pada kami itu tetap salah satu teknik untuk dia belajar secara tak formal. Kadang2 bila kat luarpun kami akan mengajar dia secara spontan, contohnya bila di kedai yang ada tulisan besar2, kami akan ajar dia mengeja dan menyebut. Diapun nampak seronok belajar macam tu, macam tak terasa yang dia sebenarnya tengah belajar. Siap mengeja kuat2 lagi, ala2 belajar kat taska gitu! ^_^

Mudah2an tahun depan bila dia masuk tadika, dia dah boleh membaca sendiri. Sekarang ni dia masih dalam proses menghafal semua huruf dan nombor mengikut urutan, belum dapat menghafal dan mengecam huruf2 dan nombor2 itu sendiri. InsyaAllah niat, impian dan harapan aku dan hubby untuk sama2 mendidik Yasmin dengan baik akan terlaksana. Amin!

Homeschool

* Copy dari blog friendsterku *

Lamanya tak update blog.. macam takde citer or info menarik yang nak dikongsikan walaupun sebenarnya banyak benda yang berlaku lately ni. Tapi harini aku nak kongsikan sikit info pasal Homeschool.

Homeschool? Mesti ada yang tak tau apa tu homeschool kan? Aku dulupun macam pelik jer bila dengar perkataan homeschool - home = rumah; school = sekolah. Bila digabungkan jadik la sekolah dirumah. Macammana pulak konsep sekolah dirumah tu?? Bila aku buat searching kat google, aku jumpala blog nih yang ditulis oleh Miss MamaFiza. Orangnya muda lagi, kecik molek. Umur baru 24 tahun tapi dah ada 4 orang anak. Rezeki orang kawen muda la katakan.. Aku ni dah 30 tahun tapi masih ada sorang jer anak. InsyaAllah soon (masih mencuba..huhuhu..) :)

Homeschool ni sebenarnya konsep pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak di rumah tanpa perlu ke sekolah formal, tak kiralah sekolah kerajaan, swasta ataupun persendirian. Ibubapa bebas untuk memilih cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak mereka tanpa terikat dengan masa dan jadual persekolahan. Dipermudahkan kata, konsep homeschool ni anak-anak memang tak dihantar langsung ke sekolah, cuma belajar di rumah sahaja dibawah bimbingan ibubapa masing-masing. Tapi tidaklah terhad cuma dirumah sebab ilmu yang diajar juga boleh dilakukan sewaktu membeli-belah di supermarket, berjalan-jalan di taman, dan sebagainya.

Tapi homeschool taklah terikat dengan konsep belajar di rumah dan langsung tidak dihantar ke sekolah secara keseluruhan sahaja. Bagi ibubapa yang bekerja masih boleh mengaplikasikan teknik dan konsep homeschool secara part-time. Yang penting adalah niat dan kesungguhan diri masing-masing untuk melakukannya. Kita sedia maklum, pendidikan anak-anak bermula dari rumah, dan pendidik yang terbaik untuk anak-anak adalah ibubapa mereka sendiri!

Dibawah ni aku senaraikan 10 sebab kenapa ibubapa memilih untuk 'homescholing' (dipetik dari blog littlekittle.com):

Your reasons might be different, but hopefully this list will help you begin to determine if homeschooling is the answer for you.

■Effectiveness

Homeschoolers often learn a speed that leaves students in private and public schools far behind. Because you will be able to choose a personalized path that works best for your children, you can custom-design a curriculum that works best for your kids’ learning styles and abilities.

■Family

Perhaps one of the most common reasons given for deciding to homeschool is the ability for families to remain close together as the children grow up. This is a powerful benefit of homeschooling that cannot be underestimated.

■It’s Just Fun!

When you get down to it, homeschooling is just fun for parents and their children alike.

■Love

You simply love your children and want to see them succeed and you’ll do whatever it takes to make that happen!

■Money

Homeschooling is surprisingly inexpensive. The savings benefits are enormous!

■Time Doesn’t Matter

Parents quickly learn that lessons can last as long or as short as necessary. Whereas children have to wait for everybody to get up to speed in classrooms, the homeschooled student doesn’t have to wait on anybody. So, if a lesson is learned, the student can move on or finish the school day early.

■Get a Jump on that College Degree

For homeschooled high school kids, homeschooling allows them to begin taking college courses early. Because homeschoolers often advance more quickly then their counterparts, they can take college courses in addition to their high school classes.

■Self-Guided Study

Due to the nature of homeschooling, many kids become expert researchers. The homeschool learning environment which encourages natural curiosity and exploration often leads to highly advanced research skills in homeschooled students.

■Field Trips

When your kids don’t see learning as only happening in a classroom every opportunity to get out and about in the world becomes an opportunity for learning. The entire world becomes their classroom and they are able to make real-world connections to their learning.

■Work Experience

Because homeschooled high school students are more autonomous and mature more quickly than their counterparts, they often find better, more rewarding, and higher paying jobs than others their age. Parents can feel good knowing that their children are learning how to take responsibility.

Oleh kerana aku pun nak mendalami ilmu tentang homeschool (walaupun aku sedia maklum tidak akan tidak menghantar anak-anakku ke sekolah - buat homeschool cuma secara part-time sahaja!), aku dah mendaftarkan diri untuk menghadiri kelas Homeschool Module@LittleKittle.com . Modul pertama yang aku hadiri adalah pada hari Ahad yang lepas (3 Mei 2009) - Module 1: Introduction & FAQ di SusuIbu.com, Bandar Baru Bangi.

Mommies yang hadir bersama MamaFiza yg cute
Mommies yang hadir bersama Miss MamaFiza (*pic grabbed from Miss MamaFiza's blog)

Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar dari Miss MamaFiza yang comel tu ;) Bukan setakat tentang homeschool, tapi juga tentang tip-tip parenting yang dia amalkan pada anak-anak dia. Teman-teman yang sama-sama menghadiri modul tersebut juga banyak berkongsi pengalaman dan juga ilmu masing-masing.

Ayat yang buat aku sangat-sangat ingin kongsikan disini ialah kanak-kanak juga ada perasaan stress dalam diri mereka. Kajian ada menunjukkan jika seseorang itu mengasah gigi sewaktu tidur, itu bermakna orang tersebut berada didalam keadaan stress. Oleh itu jika anak-anak atau suami/isteri kita mengasah gigi sewaktu mereka tidur, cubalah bertanya kepada mereka, apa yang menyebabkan mereka stress. Mudah-mudahan dengan menceritakan masalah atau stress yang mereka alami itu boleh meredakan sedikit (sekurang-kurangnya la kalau tak dapat banyak) tekanan tersebut.

Antara lain yang Miss MamaFiza tekankan adalah:
1. Niat - untuk buat apa saja kita mesti ada niat supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakannya.
2. "Do or Die" - kadang-kadang kita rasa malas atau penat atau letih untuk melakukannya, tapi kita mesti fikir kita cuma ada dua pilihan samaada buat atau kita akan "mati". Contoh yang Miss MamaFiza berikan; kalau aku malas nak masak, nanti anak-anak aku jugak yang kelaparan. Hehehehe.. good point here!
3. Konsisten - kita MESTI konsisten bila buat sesuatu yang baru, dan lakukan selama 28 hari berterusan. Contohnya kalau kita nak ajar anak kita mengemas permainan mereka bila dah abis main, so kita MESTI remind dan ajak anak-anak sama-sama mengemas mainan tersebut selama 28 hari berterusan.
4. Jadikan diri kita sebagai kawan kepada anak-anak.
5. JANGAN memburuk-burukkan anak-anak or suami/isteri di khalayak ramai! Ini akan membuatkan anak-anak/suami/isteri rasa rendah diri - contohnya jika anak-anak/suami/isteri ada buat salah masa kat tempat awam atau kat tempat yang ramai orang, jangan marah or tempik-tempik mereka seolah-olah takde orang disekeliling kita. Cari tempat yang lebih tertutup untuk menegur kesilapan yang mereka dah buat.
6. Ajar anak-anak untuk menghormati ayah mereka sebagai pemimpin, orang no. 1 dalam keluarga. Oleh itu sebagai isteri, kita mesti lebih menghormati suami - kepimpinan melalui tauladan! :D

Actually ada banyak lagi yang Miss MamaFiza kongsikan dengan kami yang hadir, tapi cukuplah setakat yang diatas je aku catatkan disini. Aku tak sabar untuk attend modul yang kedua bulan depan! Harap dapat belajar lebih banyak lagi tentang homeschool dengan Miss MamaFiza nanti :)

Nota: Untuk tugasan kami bagi modul pertama ni, aku perlu membaca untuk Yasmin selama 28 hari berterusan untuk menerapkan minat membaca dalam diri dia. Mudah-mudahan suskes! Chaiyok haiyok!!