Saturday, August 1, 2009

Peringatan kepada Para IbuBapa - part 2

* Copy dari blog friendsterku *

sambungan dari post yang lepas…

17 ) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
~ bila time keje urgent nak kena siapkan, memang terpaksa bwk balik sambung buat kat rumah. tapi diperhatikan memang ada effect kat anak… dia rasa kita kurang beri tumpuan kat dia, so dia akan buat benda2 yang bukan2 untuk tarik perhatian kita

18 ) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
~ ermmm… mudah2an tak berlaku pada diriku. skrg pun tgh praktikkan cuba selalu balik kg jenguk ayahanda dan bonda, at least kerap telefon untuk bertanyakan khabar

19 ) Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
~ ye betul…

20 ) Jangan menggunakan perkataan JANGAN apabila anda memarahi anak anda kerana perkatan tersebut bersifat amaran- Biasakan menengur kesalahan mereka menggunakan perkataan TIDAK MAHU kerana ianya lebih bersifat mendidik. Setiap teguran mesti diterangkan akibatnya: Tak mahu panjat pokok sayang, nanti jatuh, kalau jatuh luka, masuk hospital, doctor akan balut luka, dan tak cantik. Contoh penjelasan yang diberikan.
~ tgh cuba biasakan untuk tidak menggunakan perkataan JANGAN bila marah Yasmin

21 ) Jangan menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka sendiri tidak tahu. Jika ibu dan bapa menghadapi tekanan kebiasaannya anak anak jadi mangsa. Mereka akan takut menghampiri kita, menyayangi kita.
~ akan cuba elakkan dari marah anak tak tentu pasal… insyaAllah…

22 ) Ketika hendak menegur kesalahan mereka, pegang kedua tangan mereka dan pandang kedalam dua anak mata mereka dah tegur lah.. setelah selesai ciumkan di pipi atau di dahi mereka dan dakap la mereka katakan yang anda sayangkan mereka.
~ kena selalu2 praktikkan ni

23 ) Ajarkan mereka menjadi seorang yang pemaaf. Biasakan diri mereka memaafkan kesalahan yang orang lain lakukan.. Jika dia melakukan kesalahan seperti memecahkan pasu bunga kesayangan anda, pastinya anak anda berada didalam ketakutan amat sangat- Sebagai ibu bapa anda dinasihatkan supayaJANGAN sama sekali menjerit dan menyerang mereka.. Hampiri dan peluklah anak anda.. tenangkan perasaan anda. Katakan , Mak/ Ayah tak marah – kerana Mak/ Ayah hanya takut (sebut nama sianak) cedera- pasu tu lain kali mak ganti yang lain…dan katakan kepadanya lain kali kena hati-hati dan bersama-sama dengan anak anda membersihkan serpihan pasu tersebut..
~ nipun kena slalu amalkan… sekarang ni masih cuba blajar kawal temper, cuba taknak kerap2 marah Yasmin, lebihkan pendekatan psikologi bila Yasmin buat perangai. nak kena blajar banyak tentang psikologi kanak2 sekarang ni

24 ) Jika anda ingin menghukum mereka, pukullah dibahagian betis, jangan sesekali memukul dibahagian atas betis- dan biarkan mereka seketika.. dan selepas itu dakaplah mereka, terangkan bahawa kesalahan itu terlalu besar, seperti mencarut, menyepak org lain, dan katakan pada mereka perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan pada masa akan datang, dan berjanji dia tidak akan buat lagi.. Jangan memukul anak anak mengikut perasaan, pukullah untuk mendidik, bukan untuk melepaskan geram.
~ setuju sangat. biasanya kalau aku pukul Yasmin pun, aku pukul kat tangan atau punggung. tapi lepas ni kena tukar la, pukul cuma kat bahagian betis je. so far alhamdulillah belum ada lagi pukul anak untuk melepaskan geram even kadang2 tu penyebab memukul anak tu memang sebab tengah geram dengan apa yang dia buat. tapi masih waras lagi, boleh control perasaan dan ingat, pukul dia adalah untuk mendidik, mudah2an dia lebih beringat dan tak buat lagi

No comments:

Post a Comment