3 hari yg lepas aku gi interview kat JPM, post PTM kontrak. Dapat panggilan interview tu pun sbb aku gagal masa interview kat JPM gak bulan 5 lepas. Kali ni diaorg panggil balik candidate yang gagal interview yg bulan 5 tu utk isi vacancy bagi support sistem BLESS. Dengan takde preparation apa2, setakat baca apa itu BLESS dan apa fungsi BLESS yang aku pun tak dapat nak ingat sangat, aku melangkah dengan separuh confident ke bilik temuduga. Takde rasa gemuruh macam selalu, maybe sebab aku tak mengharap langsung yg aku boleh lulus interview nih. Cuma ada rasa sakit perut dan loya jek la sebab semalamnya aku kena cirit-birit, ntah kat mana yg salah makan akupun tak pasti.. Hehehehe...
Kali ni aku berserah, malas nak pikir2 atau mengharap apa2. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.. tapi kalau takde, cuba lagi len kali. Keje kat tempat sekarang pun dah mula terasa tak best sebab kena buat keje yang jauh dari minat. Pastu ada jer benda yang berlaku yang membuatkan ati aku jadik tak berperasaan nak pegi ke opis.. Tak macam masa kat keje kat vads atau imatera dulu. Walaupun dpt bos yg ntah apa2, tp still enjoy ngan kwn2 dan keje. Hai entahla.. susah betul nak dapat keje yang betul2 kita boleh puas ati. Ada je yang tak kena. Ke sebab aku sendiri yang bermasalah? Ni nak kena muhasabah diri balik ni nampaknya.. Ke aku yang masih tak bersyukur ngan apa yang aku dah ada??
No comments:
Post a Comment