Saturday, August 1, 2009

HS 2nd Module : Management, Financial & Record Keeping

Ahad last week (26 Julai 2009) aku attend HS modul 2 dgn Miss MamaFiza & Miss Yus kat J.M. Briyani House kat Seksyen 9, Bangi. Cuma kami bertiga, tapi riuhnya kami berbincang & bercerita macam ramai sangat orangnya! Hahaha.. Aku memang suka sangat2 mendengar setiap kata2 yang kuar dr mulut Miss Mamafiza. Rasa macam tak puas bersembang ngan diaorang, macam2 perkara yang aku leh belajar dan gunapakai untuk mendidik Yasmin. Topik kali ni pasal pengurusan, kewangan & record keeping. Miss MamaFiza cadangkan supaya setiap bil2 disimpan mengikut bulan, bukan mengikut jenis, supaya kita boleh pantau perbelanjaan kita setiap bulan.

Miss Yus, Miss MamaFiza and me
(Credit to Miss Yus, grabbed this pic from her blog :) )

Oh, camtu rupanya.. Selama ni record keeping ku sangat serabut dan tak teratur. Memang dah diasingkan ikut jenis dan setiap resit termasuk resit pembayaran melalui mesin cash deposit atau online payment pun ada difailkan. Bukan setakat fail jer.. buku ala2 buku lejer pun ada, utk rekodkan setiap wang yang keluar masuk. Tapi kadang2 kantoi jugak, ada yang tak direkodkan. Sebab tu akaun selalu tak balance! Hahahaha.. Pasni kena displinkan diri utk buat book & record keeping dengan betul. Selain dari tu, kena paksa diri utk displin gak follow jadual yang dibuat. Time utk kerja, time utk membaca dangan Yasmin, time utk leisure diri sendiri. Harini juga kena buat & tampal 7 kertas lukisan kat dinding yang mengandungi hari dan aktiviti yang nak dibuat pada hari itu. Contohnya, pkl 8 malam hari Isnin, baca buku Barney, pkl 8 mlm hari Selasa, main Logico Primo, dsb.

Hmm.. lama dah aktiviti homeschool ngan Yasmin terbengkalai. Sejak aku kepenatan berulang alik dr Putrajaya-KL awal tahun aritu sampaila sekarang, aku jarang2 dapat membaca ngan Yasmin. Alasan: ummi letih, Yasminpun lebih suka tgk katun kat channel 613. Nasib baik gak dia layan katun2 kat channel 613 tu, at least dalam dia layan2 katun tu, byk benda yg dia belajar. Tak kisahla pasal lagu2 yg dia hafal tu, tp sebab dan akibat dalam keasyikan dia melayan katun, dia dah dapat cam warna, dan lebih2 lagi katun Wordworld, dia dapat ikut menyebut dan mengeja benda2 dalam bahasa Inggeris! Kiranya ada gakla sebab dan akibat yang baik, bukan semata2 berhibur kosong jer tgk katun2 tu. Balik dari taska pun mulut dia dah becok bertanya dan bercakap itu-ini sepanjang2 jalan nak balik kerumah. Setiap kali keluar dari rumah, setiap warna dan benda yang dia nampak, dia akan sebut. Kadang2 bercampur BM dan BI, jadi rojak :)

Syukur alhamdulillah, walaupun kadang2 aku lalai dan leka mendidik Yasmin, Yasmin tetap terang hati belajar macam2 benda, terutamanya masa kat taska. (Hmm.. ada la jugak rasa malu dengan diri sendiri sebab tak konsisten mengajar Yasmin kat rumah sedangkan dulu aku yang beria2 sangat nak apply konsep homeschool ni. Mujur hubby takde perli2.. Hehehe..) Doa, lagu, tulisan, dan macam2 lagi yang cikgunya ajar kat taska, dia boleh ikut dengan baik. Kat rumah aku just revise apa yang dia dah belajar kat taska. Kadang2 ada jugak lagu yang aku tak pernah dengar, dia nyanyi. Nasib baik dah tak paksa aku ikut nyanyi ngan dia macam masa dia kecik2 dulu. Kalau tak, haru dibuatnya. Hahaha.. Kat rumah pun ayahnya dah belikan whiteboard utk dia belajar menulis dan melukis. Walaupun selalunya cuma aku dan ayahnya jer yang menulis dan melukis, tapi pada kami itu tetap salah satu teknik untuk dia belajar secara tak formal. Kadang2 bila kat luarpun kami akan mengajar dia secara spontan, contohnya bila di kedai yang ada tulisan besar2, kami akan ajar dia mengeja dan menyebut. Diapun nampak seronok belajar macam tu, macam tak terasa yang dia sebenarnya tengah belajar. Siap mengeja kuat2 lagi, ala2 belajar kat taska gitu! ^_^

Mudah2an tahun depan bila dia masuk tadika, dia dah boleh membaca sendiri. Sekarang ni dia masih dalam proses menghafal semua huruf dan nombor mengikut urutan, belum dapat menghafal dan mengecam huruf2 dan nombor2 itu sendiri. InsyaAllah niat, impian dan harapan aku dan hubby untuk sama2 mendidik Yasmin dengan baik akan terlaksana. Amin!

No comments:

Post a Comment