Lamanya aku tak mengupdate blog nih. Lepas keguguran aritu, aku sibuk ngan keje2 kat opis. Pastu dah masuk bulan Ramadhan, kemudian Syawal pulak menjelma. Sekejap betul masa berlalu, sekarang ni dah masuk bulan November. Tak lama lagi birthday hubby, awal bulan dpn birthday Yasmin, pastu hujung bulannya pulak birthday aku. Pejam-celik, pejam-celik, dah nak berakhir tahun 2009. Umur makin bertambah, keluarga makin bertambah, tanggungjawab pun makin bertambah.
Tahun depan insyaAllah bertambah lagi sorang ahli keluarga aku. Mudah2an kali ni selamat la semuanya. Keadaan setakat hari ni alhamdulillah masih ok semuanya, mabuk2 pun dah makin kurang. Masa gi checkup dan scan hari Isnin aritu pun nampak semuanya baik2 je. Alhamdulillah... amin!
Raya aji tahun ni plan nak balik Kedah, wat akikah untuk Yasmin yang dah lama asyik tertangguh. Kali ni mesti kena buat gak. Tapi dapat amik cuti 1 hari je sebab cuti dah abis gara2 asyik amik EL sebab morning sickness awal2 trimester pertama aritu. Sampai big boss pun dah bagi warning sebab asyik cuti ngan datang lewat. Pastu punch card aku pun sangkut bulan lepas sebab masalah yang sama. Terpaksala ikat perut wat sementara waktu sebab gaji masuk lambat. Huhuhu.. sedih tol, tapi nak wat camne, redha jek la.
Keje kat opis pun dah makin banyak sebab vendor dah abis kontrak, sekarang ni tengah sesi Transfer of Technology. Banyak benda nak kena tau sebab nanti nak kena maintain sendiri sistem BLESS tu. Mujur aku ada pengalaman ngan IDIS dulu pasal system development, camne nak deploy, camne nak buat SQL script, camne nak buat report dan macam2 lagi. Masa tengah dok dalam sesi TOT tu, aku ada la jugak mengcomparekan IDIS ngan vendor ni. Even vendor ni bermasalah jugak sepanjang projek ni, tapi aku tengok cara kerja diaorang lebih bersistematik dari IDIS. Setiap code dan SQL script yang diaorang ubah mesti kena rekodkan history, dan cuma sorang je yang ditugaskan untuk deploy code kat dalam server. Sebarang perubahan kat database pun cuma sorang yang buat. Form design ada satu team yang handle (merangkumi database design dan prepare SDS dan SFS), development ada team nyer sendiri, report pun ada team nyer sendiri. Sampaikan untuk flow and system testing pun ada team khas untuk tu. Tak macam projek EMS, sorang programmer kena multi-tasking. Semua benda kena buat. Dah tu setiap kali bos meeting ngan user tak penah ada wat minit mesyuarat yang direkodkan. Developer gi wat review or meeting ngan user pun PM tak pernah nak join. Sebab tu la EMS tak siap2. Tak bersistematik seperti yang sepatutnya. Dah tau ada masalah manpower, janganla tamak sangat nak amik tender projek banyak2 dalam satu masa. Hahaha.. bestnya aku mengumpat ex-company aku tuh, tapi itula kenyataannya. Kalau nak betul2 sukses, kena belajar lagi cara manage project team baik2. Mintak ampun la yer kalau ada yang terasa! Hehehehe..
Apa2pun, semoga aku dan BLESS team @ ICU JPM ni dapat melaksanakan tugas2 mendatang yang dah boleh nampak sangat mencabar lepas vendor dah abis kontrak tak lama lagi dengan sebaik2 mungkin. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment