*Copy dr blog friendsterku *
Actually apa yang aku nak post ni aku dah pernah terbaca dulu, tapi tak ingat kat mana. Tapi beberapa hari lepas, aku terjumpa semula peringatan ni dalam blog nenny. So aku post kat sini sebagai peringatan kepada para ibubapa, terutamanya kepada diriku sendiri…
1 ) Mulakan hari anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda merasa malu dan rendah diri.
~ alhamdulillah setakat ni aku memang sentiasa panggil Yasmin dengan panggilan yang baik. mudah2an akan berkekalan sampai bila2..
2 ) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih tinggi, beranding anak yang jarang dipeluk.
~ yang ni memang selalu buat. rasa macam tak lengkap hidup kalau tak peluk & cium Yasmin
3 ) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Kerana ini akan menjadikan anak anda berasa lebih berkeyakinan berhadapan dengan persekitaran.
~ insyaAllah akan diamalkan selalu
4 ) Berikan anak anda peneguhan setiap kali anak anda membuat kebaikan seperti ciuman, hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman.
~ yang ni pun memang selalu buat setakat ni la… tapi kalau dia buat salah tetap kena pukul, so balance antara kasih sayang dan pengajaran buat dia
5 ) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang melakukan sesuatu yang baik secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yang sedang membesar. Kesilapan adalah pengalaman dalam perkembangan mereka.
~ yupp.. nama pun budak2.. kita yang dah tua2 ni pun belum tentu boleh buat perkara baik secara berterusan. ada masa buat salah jugak
6 ) Apabila berhadapan dengan masalah memilih kerjaya atau keluarga, pilihlah keluarga kerana masa pembesaran anak2 akan terus berlalu dan tak akan kembali.
~setuju sangat2! cuma sekarang ni aku cuba balancekan antara kerjaya dan keluarga, sebab kedua2nya penting dalam zaman yang penuh cabaran ni… especially dari segi kewangan. blanja anak zaman sekarang sama naik ngan blanja mak ayahnya. so kalau nak harapkan cuma sorang je yang menyumbang untuk pendapatan keluarga, agak sakit gakla nak survive even dah cuba berjimat mana yang patut! huhuhu~
7 ) Dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah mengeluh. Ini kerana anak2 akan merasakan diri mereka sebagai beban.
~ kadang2 tu ada gak la mengeluh… kita penat bila balik kerja, anak buat hal, ayahnya pulak buat tak reti… adoiii! ni anak baru sorang. tapi insyaAllah aku akan cuba lebih bersabar..
8 ) Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tak akan didengar lagi.
~ alamak.. yang ni selalu gak aku abaikan. lebih2 lagi sekarang ni Yasmin masih pelat2 lagi, susah nak faham cerita dia. kalau aku dengar dan respon pada cerita diapun, kadang2 dia marah gak sebab apa yang aku respon tu tak kena dengan cerita dia. maklumla, dia cakap bahasa dia.. kita ni faham sikit2, so agak2 je la apa yang dia tengah ceritakan tu. sekali salah respon daa.. hahahaha
9 ) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannnya. Tunjukkan bagaimana untuk menenangkan diri.
~ selalu gak buat…tapi kadang2 tu aku hangin gak sebab bila aku pujuk2, dia pulak buat keras kepala. especially time tu aku tengah sibuk
10 ) Buatkan sedikit persedian untuk menyambut hari jadinya. Sediakan hadiah yang unik walaupun murah untuk mendidiknya belajar menghargai.
~ masa Yasmin umur setahun ada buat birthday party, tapi untuk second birthday tak buat sebab keadaan tak mengizinkan. tapi hadiah tetap diberi even bukan pada ulangtahun kelahirannya. hmm.. aku ni manjakan anak dgn kebendaan ke??
11) Kemungkinan anak kita akan menerima pelajaran dan pengajaran bukanlah pada kali pertama belajar. Didiklah mereka dengan cara yang lebih bersabar.
~ aiseh… aku ni memang kurang sabar dalam mendidik budak2 kecik. adik aku dulu selalu kena marah bila aku ajar dia. tapi macammana sekalipun aku kena jugak belajar bersabar dalam mendidik anak
12 ) Luangkan masa bersama anak2 diluar rumah. Peganglah tangan mereka ketika berjalan bersama. Ini menyebabkan mereka rasa penting dan dihargai.
~ time jalan kat luar memang kena pegang tangan Yasmin. tak boleh lepas.. karang ilang, menangis tak berlagu plak aku! tapi bila main kat playground or padang, aku biar je la dia lepas… seronok tengok dia lari sana sini. kadang2 akupun kena join main ngan dia gak… hehehe
13 ) Jadilah pendengar yang setia akan mimpi ngeri mereka. Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalah hidup mereka.
~ setakat ni Yasmin takde lagi la ngadu mimpi ngeri.. belum pandai nak cerita pasal mimpi dia lagi kot
14 ) Hargailah barangan permainan kesayangan anak2 anda, untuk mendidik mereka agar menghargai barang2 orang lain. Elakkan membuang walaupun rosak. Hormati mereka dan minta kebenaran mereka sebelum membuat sesuatu.
~ barang2 mainan Yasmin memang aku selalu kumpul dalam satu kotak khas. tak kirala mainan lama or baru, yang masih elok ataupun yang dah rosak. tapi biasala budak2, lepas main sepah2, tinggal mainan rata2… pastu ilang. mudah2an dia pun akan menghargai barang2 orang lain. tapi satu la perangai dia yang buat aku geram… barang orang pun jadik hak dia! pastu kedekut lak tu, barang dia takleh share ngan orang lain. hai anak.. anak..
15 ) Jangan biarkan anak2 anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
~ Yasmin kalau aku tak baring sebelah dia, takde mananya dia nak tido. nak aku gosok belakang dia la, nak gentel telinga aku la.. lagipun dah jadi kebiasaan aku peluk cium dia sebelum dia tido. mudah2an berkekalan sampai anak2 yang seterusnya.. aku sendiripun rasa serba tak kena kalau tak peluk cium dia sebelum kami tido
16 ) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
~ yupp.. aku memang selalu rasa aku bukan ibu yang sempurna, masih banyak kelemahan dalam mendidik dan membesarkan anak. perlu belajar lebih banyak lagi…
No comments:
Post a Comment