Sunday, February 20, 2011

Saya Mahu Jadi Hot Mama Yang Sukses Seperti MamaFiza Dari Blog littlekittle.com

MasyaAllah... lamanya tak menulis blog. Dan macam rumah tinggal dah blogku ni, penuh sawang sana-sini! Punyala malas nak mengadap komputer bila kat rumah, lebih-lebih lagi bila dah ada si comel Hilman ni.. Balik rumah petang dah kepenatan, nak melayan kerenah si kakak dan si adik lagi. Nak buat kerja rumah dan macam-macam lagi.. Tu yang tak berdaya nak mengadap PC menulis blog.

Anyway, oleh kerana nak join contest dari MommyLyna, maka ku gagahkan jua menulis. Manalah tau ada rezekiku, aku pass audition ni, then dapat masuk contest tu, dan finally menang dapat iPad percuma tu.. Huuu, happynya! Hahahaha.. belum menang dah terasa happy. Kalau menang, ntah camnela perasaanku nanti! Sure speechless dan terasa seperti bermimpi! ^_^

Ni ler ghupe iPad idaman ku itu!
Mudah-mudahan menjadi milikku nanti (^_^) Amin!

Berbalik kepada tajuk, aku memang nak sangat jadi macam Cik MamaFiza. Sejak kenal dia dari tahun 2009 melalui blognya www.littlekittle.com, aku memang teringin sangat nak berjumpa dengannya personally. Aku sangat kagum dengan dirinya: seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak-anak yang comel (memang muda lagi okey! Baru berusia 26 tahun anak dah 4. Ku dulu 26 tahun baru nak nikah.. hehehe), seorang homeschooler (fulltimer yer, bukan parttimer), businesswoman yang sangat berjaya (selalu keluar paper dan tv).

Aku pernah mengikuti kursus homeschool dan bengkel WAHM yang dibuat olehnya. Orangnya memang kecik molek dan sangat energetic. Banyak jugak ilmu yang dikongsikan kepada kami yang menghadiri kursus dan bengkel beliau, dan beliau memang tak pernah lokek untuk berkongsi tips-tips. Tapi tulah, aku je pulak yang masih tak mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dah ditimba, sesi belajar dengan Yasmin pun dah kelaut!

InsyaAllah aku tengah kuatkan semangat dan bulatkan tekad, susun semula jadual masaku untuk menguruskan rumah, suami, anak-anak, dan bisnes part-time yang akan dimulakan bila-bila masa je dari sekarang, supaya aku boleh jadi hot, success mama seperti idolaku, Cik MamaFiza! Mudah-mudahan tercapai targetku untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya yang dapat menjana pendapatan dari rumah disamping menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak dan suami menjelang tahun 2014. Kenapa 2014? Sebab projek BLESS dijangka tamat tahun 2013, dan aku sangat-sangt malas nak cari kerja lain! So tunggu jelah sampai abis kontrak dengan BLESS, pastu aku nak bersara, duduk rumah uruskan suami dan anak-anak dan bekerja dari rumah, jadi bos kepada diri sendiri pulak. Akak dah letih dik non oii jadi kuli makan gaji dengan orang je!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


2 comments:

  1. wah.. satu azam yang bagus!! good luck dan semoga berjaya..ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. good luck

    http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/

    ReplyDelete