Thursday, July 9, 2009

Alhamdulillah syukur!

Alhamdulillah.. akhirnya penantian aku dahpun tamat. Aku dah dapat offer keje ngan JPM! *gembira bercampur sebak nih.. sob sob..* Interview ngan BLESS aritu yang aku tak berapa prepare sangat dan langsung tak mengharap, akhirnya berjaya. Rabu next week aku akan melaporkan diri kat sana. Mudah2an dengan berolehnya rezeki ini, hidup kami sekeluarga akan lebih lapang. Dan abahlah insan yang paling happy bila aku khabarkan berita ni. Abah memang beria2 sangat nak anak2 dia semua keje gomen. Walaupun menantunya sorang dah keje gomen, dia still nak anak2 dia sendiri keje gomen gak, macam dia.

Rupa2nya ada hikmahnya aku masih belum pregnant. Kalau aku dah pregnant sebelum interview tu, sah2 aku gagal. Lepas2 ni dah boleh la arrange balik plan mendapatkan adik untuk Yasmin! Hehehe..

Dan hari semalam adalah hari terakhir aku bersama keluarga MagnaQuest. Jodoh aku dengan diaorg cuma sebulan jer. Sedih dan rasa tak best gak nak resign, maklumla baru sebulan aku kat sana. Dah la diaorg hire aku dengan harapan aku leh stay keje lama kat sana. Tp akhirnya cuma dpt bertahan sebulan jer. Nak buat camne, dah dpt rezeki keje ngan gomen, takkan aku nak tolak rezeki tu. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mudah2an aku keluar dari MagnaQuest secara baik tu takde la suara2 sumbang yang kedengaran mengutuk aku belakang2. Walaupun ada juga sedikit masalah pada mulanya, tp akhirnya segala kekusutan dapat dileraikan dengan cara baik. Sememangnya ada hikmah disebalik segala kejadian jika kita terus bersabar..

Anyway, I'm really happy and excited to start a new life next week, walaupun agak nervous dan suspen jugak. Dan harap2nya jugak nanti takde la kedengaran suara2 sumbang yg akan mengatakan aku dapat kat sana sebab ada kabel. No no no!!! Aku usaha sendiri tau even my hubby yg forward iklan vacancy kat sana untuk aku apply. Ye benar panel2 penemuduga tu kenal hubby ku, tp bukan kerana itu aku dapat. Semuanya adalah kerana rezeki. Kalau nak kata sebab ada kabel, for sure interview yang pertama aku boleh pass! Hopefully semuanya nanti berjalan lancar.. will update more as soon as possible lepas lapor diri nanti. Till then, aku nak amik kesempatan untuk berehat sepuas2nya kat rumah dan balik BP ngan Yasmin sebelum start keje baru ^_^

3 comments:

  1. Huda, tahniah yer. Moga more success lps ni. Klu de vacancy gomen nnt, bg tau le yer... heheheh

    ReplyDelete
  2. thx intan.. insyaAllah aku war2kan kalau ada vacancy nnt :)

    ReplyDelete
  3. congrats huda.. gud luck for ur new job n life...

    ReplyDelete