Saturday, July 18, 2009

Keje baru

Alhamdulilah.. aku dah pun selamat melapor diri dan menghadiri 3 hari sesi orientasi/induksi untuk pegawai2 baru di JPM. Semuanya berjalan lancar, even presentation pd ptg hari terakhir yg dibuat pada saat2 akhir jugak berjalan lancar. Walaupun baru 3 hari aku kat sana, tp member2 satu batch dan staf2 senior sumenya dah mcm geng. Bos2pun so far ok.

Mulanya aku ditempatkan di BPR BLESS, tp semalam dah dapat confirmation yg aku kena join team development. So kena turun la duk kat BTM BLESS start next week. Bos pun dah inform ada keje ad-hoc yg aku kena buat dan siapkan dlm ms seminggu, hari isnin depan kena liaise dgn Ju utk dptkan requirement system yg nak kena develop tu. Dia kata sistem yg simple jer, web based. Detail2 lain Ju akan inform ari isnin karang. Huhuhu.. member2 lain masih rilex, aku plak dah ada keje menanti. Tp xpelah, at least aku x bosan sbb xde keje.

Cuma yg x bestnya bila aku inform pd Kak Zai, bos kat BPR yg aku kena turun duk kat BTM start next week, dia terkejut sbb Pn. Wan or Kak Ezam dr BTM x inform dia yg diaorg nak amik aku masuk sana. Pastu muka dia dah nmpk x puas ati giler, sbb dia kata BPR yg x cukup staff nak handle keje2 kat situ. Harap2nya diaorg leh la bincang baik2 sesama diaorg psl pembahagian kumpulan staf2 baru ni.. jgn plak kami yg jadik mangsa. Kejap kena gi sini, kejap kena gi sana.. Last2 kitaorg gak yg pening x tau nak duk kat mana or keje apa yg kitaorg kena buat sbnrnya..

Apa2pun, aku harap aku dapat laksanakan tugas yg diberikan sebaik mungkin. Dan harap2nya hubby leh bertolak ansur jaga Yasmin tanpa banyak komplen kalau aku kena slalu balik lmbt sebab nak siapkan keje nanti! Dah kena prepare minda start dr harini utk keje extra time mcm ms kat MOHR dulu... (^_^)

Thursday, July 9, 2009

Alhamdulillah syukur!

Alhamdulillah.. akhirnya penantian aku dahpun tamat. Aku dah dapat offer keje ngan JPM! *gembira bercampur sebak nih.. sob sob..* Interview ngan BLESS aritu yang aku tak berapa prepare sangat dan langsung tak mengharap, akhirnya berjaya. Rabu next week aku akan melaporkan diri kat sana. Mudah2an dengan berolehnya rezeki ini, hidup kami sekeluarga akan lebih lapang. Dan abahlah insan yang paling happy bila aku khabarkan berita ni. Abah memang beria2 sangat nak anak2 dia semua keje gomen. Walaupun menantunya sorang dah keje gomen, dia still nak anak2 dia sendiri keje gomen gak, macam dia.

Rupa2nya ada hikmahnya aku masih belum pregnant. Kalau aku dah pregnant sebelum interview tu, sah2 aku gagal. Lepas2 ni dah boleh la arrange balik plan mendapatkan adik untuk Yasmin! Hehehe..

Dan hari semalam adalah hari terakhir aku bersama keluarga MagnaQuest. Jodoh aku dengan diaorg cuma sebulan jer. Sedih dan rasa tak best gak nak resign, maklumla baru sebulan aku kat sana. Dah la diaorg hire aku dengan harapan aku leh stay keje lama kat sana. Tp akhirnya cuma dpt bertahan sebulan jer. Nak buat camne, dah dpt rezeki keje ngan gomen, takkan aku nak tolak rezeki tu. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mudah2an aku keluar dari MagnaQuest secara baik tu takde la suara2 sumbang yang kedengaran mengutuk aku belakang2. Walaupun ada juga sedikit masalah pada mulanya, tp akhirnya segala kekusutan dapat dileraikan dengan cara baik. Sememangnya ada hikmah disebalik segala kejadian jika kita terus bersabar..

Anyway, I'm really happy and excited to start a new life next week, walaupun agak nervous dan suspen jugak. Dan harap2nya jugak nanti takde la kedengaran suara2 sumbang yg akan mengatakan aku dapat kat sana sebab ada kabel. No no no!!! Aku usaha sendiri tau even my hubby yg forward iklan vacancy kat sana untuk aku apply. Ye benar panel2 penemuduga tu kenal hubby ku, tp bukan kerana itu aku dapat. Semuanya adalah kerana rezeki. Kalau nak kata sebab ada kabel, for sure interview yang pertama aku boleh pass! Hopefully semuanya nanti berjalan lancar.. will update more as soon as possible lepas lapor diri nanti. Till then, aku nak amik kesempatan untuk berehat sepuas2nya kat rumah dan balik BP ngan Yasmin sebelum start keje baru ^_^

Friday, July 3, 2009

Temuduga lagi

3 hari yg lepas aku gi interview kat JPM, post PTM kontrak. Dapat panggilan interview tu pun sbb aku gagal masa interview kat JPM gak bulan 5 lepas. Kali ni diaorg panggil balik candidate yang gagal interview yg bulan 5 tu utk isi vacancy bagi support sistem BLESS. Dengan takde preparation apa2, setakat baca apa itu BLESS dan apa fungsi BLESS yang aku pun tak dapat nak ingat sangat, aku melangkah dengan separuh confident ke bilik temuduga. Takde rasa gemuruh macam selalu, maybe sebab aku tak mengharap langsung yg aku boleh lulus interview nih. Cuma ada rasa sakit perut dan loya jek la sebab semalamnya aku kena cirit-birit, ntah kat mana yg salah makan akupun tak pasti.. Hehehehe...

Kali ni aku berserah, malas nak pikir2 atau mengharap apa2. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.. tapi kalau takde, cuba lagi len kali. Keje kat tempat sekarang pun dah mula terasa tak best sebab kena buat keje yang jauh dari minat. Pastu ada jer benda yang berlaku yang membuatkan ati aku jadik tak berperasaan nak pegi ke opis.. Tak macam masa kat keje kat vads atau imatera dulu. Walaupun dpt bos yg ntah apa2, tp still enjoy ngan kwn2 dan keje. Hai entahla.. susah betul nak dapat keje yang betul2 kita boleh puas ati. Ada je yang tak kena. Ke sebab aku sendiri yang bermasalah? Ni nak kena muhasabah diri balik ni nampaknya.. Ke aku yang masih tak bersyukur ngan apa yang aku dah ada??